Pages

30 November 2010

5 nota penting tentang muslim dan tanggungjawab terhadap masyarakat

  • Muslim bertanggungjawab kepada masyarakat selepas beriman kepada Allah subhanahu wa taala.
  • Jika tidak laksana akan diazab dalam neraka.
  • Kehidupan masyarakat muslim penuh dengan belas kasihan.
  • Antara amalan yang dianjurkan dalam Al-Quran adalah memberi makan kepada orang miskin.
  • Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam memberi makan kepada Yahudi yang buta sehingga Baginda wafat.
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

28 November 2010

5 nasib kaum terdahulu yang engkar

  • Kaum Thamud
    Gempa bumi
  • Kaum Ad
    Taufan
  • Firaun
    Tenggelam di tengah-tengah laut
  • Kaum Lut
    Dibalikkan bumi
  • Kaum Nuh
    Banjir
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

26 November 2010

4 nota penting untuk pendakwah

  • Sentiasa mohon pertolongan dari Allah subhanahu wa taala.
  • Manusia tak mampu menjamin keselamatan diri sendiri.
  • Manusia tak mampu untuk mengubah manusia yang lain.
  • Hanya Allah subhanahu wa taala yang mampu mengubah manusia.

24 November 2010

Kenapa manusia dituntut agar berusaha?

  • Semua yang manusia perolehi adalah pemberian Allah subhanahu wa taala.
  • Manusia dituntut agar berusaha untuk memenuhi sunnatullah (peraturan alam).
  • Manusia sifatnya lemah dan tiada daya upaya.
  • Pelik jika atas sifat ini manusia memilih untuk syirik atau riya'.
  • Hanya Allah subhanahu wa taala tempat kembali manusia.

22 November 2010

Hadith 24/40: Antara sifat-sifat Allah subhanahu wa taala

عن أبي ذر الغفاري -- رضي الله عنه -- عن النبي -- صلى الله عليه وسلم -- فيما يرويه عن ربه -- عز وجل -- أنه قال: يا عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي، وجعلته بينكم محرماً، فلا تظالموا. يا عبادي، كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم. يا عبادي، كلكم جائع إلا من أطعمته، فاستطعموني أطعمكم. يا عبادي، كلكم عار إلا من كسوته، فاستكسوني أكسكم. يا عبادي، إنكم تخطئون بالليل والنهار، وأنا أغفر الذنوب جميعاً، فاستغفروني أغفرلكم. يا عبادي، إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني، ولن تبلغوا نفعي فتنفعني. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم كانوا على أتقى قلب رجل واحد منكم ما زاد ذلك في ملكي شيئاً. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم كانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم ما نقص ذلك من ملكي شيئاً. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد، فسألوني، فأعطيت كل واحد مسألته، ما نقص ذلك مما عندي إلا كما ينقص المخيط إذا أدخل البحر. يا عبادي، إنما هي أعمالكم أحصيهالكم، ثم أوفيكم إياها، فمن وجد خيراً فليحمد الله، ومن وجد غير ذلك فلا يلومن إلا نفسه

Dari Abu Zar Al-Ghifari radhiallahu anhu, dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam pada apa yang diriwayatkan dari Tuhannya azza wa jalla bahawa Dia berfirman,
"Wahai hambaKu, Aku telah haramkan zalim atas diriKu, dan jadikannya haram antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.
Wahai hambaKu, setiap kamu dalam kesesatan melainkan siapa yang Aku beri petunjuk, maka pohonlah petunjuk daripadaKu dan Aku akan beri petunjuk kepada kamu.
Wahai hambaKu, setiap kamu lapar melainkan siapa yang Aku berikannya makan, maka pohonlah makanan daripadaKu dan Aku akan beri kamu makan.
Wahai hambaKu, setiap kamu telanjang melainkan siapa yang Aku beri pakaian, maka pohonlah pakaian daripadaKu dan Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hambaKu, kamu semua melakukan kesalahan pada malam dan siang, sedangkan Aku memberikan keampunan atas segala dosa, maka pohonlah ampun dan Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hambaKu, kamu tak akan mampu memudharatkan Aku dan tidak mampu memberi manfaat kepada Aku.
Wahai hambaKu, sekiranya semua dari yang paling awal dari kamu hingga yang paling akhir, manusia dan jin, mereka itu bertaqwa seperti orang yang paling bertaqwa antara kamu, tidak menambahkan kekuasaanKu sedikitpun.
Wahai hambaKu, sekiranya semua dari yang paling awal dari kamu hingga yang paling akhir, manusia dan jin, mereka itu jahat seperti orang yang paling jahat antara kamu, tidak mengurangkan kekuasaanKu sedikitpun.
Wahai hambaKu, sekiranya semua dari yang paling awal dari kamu hingga yang paling akhir, manusia dan jin, berdiri di satu tempat dan meminta dariKu dan Aku tunaikan setiap seorang permintaannya, tidak mengurangkan apa yang Aku ada melainkan sebagaimana jarum mengurangkan air jika dimasukkan ke dalam laut.
Wahai hambaKu, setiap amalan kamu Aku hitung, kemudian Aku sempurnakan dengan balasannya. Siapa yang mendapat kebaikan, maka pujilah Allah, dan siapa mendapat selain dari itu maka jangan cela melainkan dirinya sendiri."
Hadith riwayat Muslim
Rujukan:

20 November 2010

3 cara untuk ikhlas

  • Minta tolong dari Allah subhanahu wa taala supaya ikhlas.
  • Sentiasa muhasabah, "Kenapa aku lakukan semua ini?"
  • Rasa ingin tebus dosa dengan amalan-amalan.

Tinjauan: Berapa kali anda puasa sunat dalam seminggu?


18 November 2010

3 bentuk taat

  • Taat dengan petunjuk
  • Taat mengikut hawa nafsu
  • Taat buta

16 November 2010

3 peringkat Iman

  • Iman biasa
  • Iman yang bertambah
  • Iman yang sempurna

14 November 2010

5 ciri orang yang menjaga solat

  • Menjaga fizikal solat
  • Menjaga waktu solat
  • Sentiasa berjemaah
  • Menjaga solat fardhu
  • Melakukan solat sunat
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

12 November 2010

5 ciri orang yang sentiasa solat

  • Berterusan
  • Tidak cuai
  • Tidak malas
  • Rasa keperluan untuk berhubung dengan Allah subhanahu wa taala
  • Tenteram dengan solat
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

10 November 2010

7 cara untuk istiqamah bersedekah

  • Pelbagaikan pemberian.
  • Elak dari beri kepada orang yang tak pandai guna duit.
  • Jaga niat.
  • Ihsan dalam bersedekah.
  • Sedekah boleh ubat penyakit zahir dan batin.
  • Utamakan yang dekat.
  • Cuba sedaya-upaya sembunyikan sedekah.

08 November 2010

3 hakikat jiwa manusia

  • Gelisah
  • Suka merungut
  • Kikir
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

06 November 2010

7 ciri penting seorang mukmin

  • Solat: sentiasa solat dan menjaga solat
  • Sedekah: pada yang meminta dan tidak meminta
  • Beriman dengan Hari Akhirat
  • Takut azab Allah subhanahu wa taala
  • Memelihara maruah
  • Menjaga amanah
  • Teguh dengan kesaksian
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

Tinjauan: Berapa jam anda belajar dalam sehari?


04 November 2010

3 sifat azab Allah subhanahu wa taala

  • Berlaku
  • Dekat
  • Tak boleh ditolak
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

02 November 2010

2 sikap orang kafir terhadap azab Allah subhanahu wa taala

  • Engkar dan susah untuk terima kebenaran.
  • Cabar Rasul supaya segerakan azab.
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran
Related Posts with Thumbnails