Pages

31 October 2010

Petik ayat-ayat suci Al-Quran dengan mudah ke Microsoft Word

Plug Ins Al-Quran for Microsoft Word v1.3
Petik ayat-ayat suci Al-Quran dengan mudah ke Microsoft Word dengan menggunakan Plug Ins Al-Quran for Microsoft Word v1.3.

Plug Ins Al-Quran for Microsoft Word v1.3

29 October 2010

Hadith 23/40: Himpunan kebaikan

عن أبي مالك -- الحارث بن عاصم -- الأشعري -- رضي الله تعالى عنه -- قال: قال رسول الله -- صلى الله عليه وسلم: الطهور شطر الإيمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن -- أو تملأ -- ما بين السماء والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك. كل اناس يغدو: فبائع نفسه، فمعتقها أو موبقها

Dari Abu Malik -- Al-Harith bin Asim -- Al-Asy'ari radhiallahu taala anhu berkata, "Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, "Kebersihan sebahagian dari Iman. Alhamdulillah memenuhi Mizan. Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang di antara langit dan bumi. Solat itu cahaya. Sedekah itu petunjuk. Sabar itu terang. Al-Quran hujah kepada kamu atau ke atas kamu. Setiap manusia berpergian, lalu menjual dirinya; sama ada membebaskannya atau membinasakannya."
Hadith riwayat Muslim

Rujukan:

25 October 2010

3 bentuk penentangan terhadap dakwah

  • Tak nak dengar
  • Tak nak lihat
  • Larang ikut Nabi

Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

23 October 2010

Tinjauan: Berapa rakaat anda Solat Sunat Dhuha?


4 kaitan istighfar dan rezeki

  • Ketaatan ada kaitan dengan rezeki.
  • Rezeki merangsang manusia untuk membuat ketaatan.
  • Kehidupan yang mewah hanya untuk umat yang bertaqwa.
  • Kemewahan tanpa taqwa adalah kemewahan yang berpenyakit.

Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

21 October 2010

3 intipati dakwah yang utama

  • Ibadah kepada Allah subhanahu wa taala.
  • Taqwa kepada Allah subhanahu wa taala dengan istiqamah dan ikhlas.
  • Taat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

19 October 2010

3 kaedah dakwah yang berkesan

  • Dakwah secara sembunyi
  • Dakwah secara terang-terangan
  • Dakwah secara gabungan sembunyi dan terang-terangan


Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

17 October 2010

4 bentuk dakwah yang berkesan

  • Memperdengarkan amaran Allah subhanahu wa taala.
  • Memperdengarkan janji keampunan Allah subhanahu wa taala.
  • Mendoakan dilewatkan azab ke atas golongan yang derhaka.
  • Menceritakan perihal asal kejadian manusia.
Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

15 October 2010

13 October 2010

3 jenis kisah yang memberi kesan

  • Kisah dari Al-Quran
  • Kisah dari Hadith
  • Kisah yang direka yang mempunyai pengajaran yang baik

11 October 2010

Hadith 22/40: Jalan ke Syurga

عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري -- رضي الله عنهما -- أن رجلاً سأل رسول الله -- صلى الله عليه وسلم -- فقال: أرأيت إذا صليت المكتوبات، وصمت رمضان، وأحللت الحلال، وحرمت الحرام ولم أزد على ذلك شيئاً، أأدخل الجنة؟ قال: نعم

Dari Abu Abdullah Jabir bin Abdullah Al-Ansari radhiallahu anhuma bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan berkata, "Apakah berpendapat kamu jika aku tunaikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram serta tidak aku tambahkan lagi apa-apa, adakah aku masuk Syurga?" Baginda bersabda, "Ya."
Hadith riwayat Muslim

Makna 'menghalalkan yang halal': melakukannya dalam keadaan beriman bahawa ia adalah halal.

Rujukan:
Al-Arbain An-Nawawiyyah

07 October 2010

Fi Zilal Al-Quran

  • Kitab Tafsir.
  • Dikarang oleh Syed Qutb.
  • Syed Qutb: Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili (9 Oktober 1906 - 29 Ogos 1966M).
  • Disusun dalam 30 juz sebagaimana Al-Quran.
  • Ditulis mengikut kaedah tafsir bi al-ma'thur.
  • Menggabungkan sudut balaghah, sastera dan masyarakat.
Sumber:
Fi Zilal Al-Quran (Wikipedia)

Bahan:

05 October 2010

Al-Arbain An-Nawawiyyah

  • Dihimpunkan oleh Imam Nawawi.
  • Imam Nawawi: Abu Zakaria Yahya bin Syarf (1234 - 1278M).
  • Mengandungi 42 hadith.
  • Tujuan dihimpunkan: "Ada di kalangan ulama yang menghimpunkan 40 hadith dalam Usuluddin, sebahagaian mereka dalam Fiqh, sebahagian mereka dalam Jihad, sebahagian mereka dalam Zuhud dan sebahagian mereka dalam Khutbah. Semuanya atas tujuan yang baik dan Allah meredhainya. Aku berpendapat ada usaha menghimpunkan 40 hadith yang lebih penting dari semuanya, iaitu 40 hadith yang mengandungi semuanya."
Rujukan:

Bahan:

03 October 2010

11 tarikh penting dalam kronologi Pembebasan Constantinople

  • 330M: Constantinople diasaskan Constantine I.
  • 625M: Perang Khandaq. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Constantinople akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu."
  • 661 - 750M: 5 percubaan di Zaman Umayyah.
  • 674M: Abu Ayyub Al-Ansari syahid dan dikebumikan dekat dinding Constantinople.
  • 750 - 1258M: 1 percubaan di Zaman Abbasiyyah.
  • 1299 - 1923M: 2 percubaan di Zaman Uthmaniyyah.
  • 1451M: Sultan Murad II syahid dalam usaha membebaskan Constantinople. Sultan Muhammad II dilantik menjadi Sultan.
  • 6 April 1453M: Perang bermula.
  • 26 Mei 1453M: 50 hari serangan masih belum berjaya. Sultan Muhammad II bermesyuarat. Sultan Muhammad II bertitah, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!"
  • 28 Mei 1453M: Serangan besar-besaran.
  • 29 Mei 1435M: Hasan Ulubatli mengetuai 30 tentera Janissary melalui pintu Kerkoporta dan memacakkan bendera Islam. Semua syahid. Tentera Islam bersemangat dan Sultan Muhammad II berjaya masuk ke Constantinople.

01 October 2010

6 rukun Iman yang mesti diketahui

  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Kitab-kitab
  • Beriman kepada Rasul-rasul
  • Beriman kepada Hari Akhirat
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar
Related Posts with Thumbnails