- Mengucap dua kalimah syahadah
- Solat lima waktu
- Puasa di bulan Ramadhan
- Tunai zakat
- Haji (bagi yang mampu)
29 September 2010
5 rukun Islam yang mesti diketahui
4 sifat penting pendakwah
- Sabar dan tidak berputus asa.
- Bergantung kepada Allah subhanahu wa taala dan mengadu kepadaNya.
- Rasa belas kasihan kepada yang diseru.
- Rasa tanggungjawab dan menyalahkan diri sendiri apabila seruan tidak diterima.
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran
27 September 2010
5 ujian Allah atas manusia
- Ujian kemewahan lebih sukar dari kesusahan.
- Susah: Ingat Allah dan minta perlindungan.
- Mewah: Lupa Allah, ingin rehat, berasa angkuh, mula membazir dan bakhil.
- Kuasa: Berasa takbur, tak bersyukur, mula zalim, lawan kebenaran, tindas manusia dan langgar arahan Allah.
- Cantik: Sombong, terlibat dengan dosa dan dibelenggu dengan nafsu.
- Bijak: Berasa bongkak, pandang rendah orang lain dan remehkan nilai-nilai yang belum diketahui.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran
25 September 2010
6 perkara penting yang perlu diketahui untuk memahami Al-Quran
- Allah subhanahu wa taala memelihara Al-Quran dari sebarang kekeliruan.
- Cara memahami Al-Quran: Hapuskan kefahaman lalu dan bina tanggapan mengikut Al-Quran dan Hadith.
- Tidak tafsir dengan gambaran lain selain dari Al-Quran dan Hadith.
- Tidak nafikan apa yang Al-Quran telah sabitkan.
- Tidak takwil apa yang Al-Quran telah sabitkan (sebagaimana Bani Israel takwil arahan Allah subhanahu wa taala).
- Selain apa yang disabitkan Al-Quran, boleh keluarkan pendapat sendiri mengikut akal.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran
23 September 2010
4 reaksi jin terhadap Al-Quran
- Kagum dengan Al-Quran.
- Jadikan Al-Quran sebagai bimbingan.
- Beriman dengan Al-Quran.
- Tidak syirik kepada Allah subhanahu wa taala.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran
21 September 2010
5 pengakuan jin yang mesti diketahui
- Allah subhanahu wa taala itu Esa.
- Balasan akhirat itu wujud.
- Tiada yang berkuasa ke atas Allah subhanahu wa taala.
- Ketuhanan hanya untuk Allah subhanahu wa taala.
- Unsur ghaib hanya diketahui Allah subhanahu wa taala. Jin tak tahu. Rasul tak tahu melainkan sekadar yang Allah beritahu.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran
19 September 2010
10 hakikat penting jin yang mesti diketahui
- Ada jin yang beriman, ada jin yang kufur dan ada juga jin yang terpedaya.
- Jin sedia tolak kesesatan dan terima kebenaran Al-Quran.
- Jin terima ada balasan kepada keimanan dan kekufuran.
- Jin mengaku tidak mampu beri manfaat dan beri mudharat.
- Syaitan tidak akan membantu manusia, bahkan akan menyulitkan mereka.
- Jin mengaku tidak mengetahui khabar-khabar ghaib.
- Jin mengaku tidak berkahwin dengan Allah dan melahirkan malaikat-malaikat sebagaimana yang dipercayai Arab Jahiliyyah.
- Jin mengaku tidak berkuasa ke atas Allah subhanahu wa taala.
- Iblis adalah dari kalangan jin, tetapi tumpu pada menyebarkan kejahatan.
- Jin nampak manusia, tetapi manusia tidak nampak jin.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran
18 September 2010
17 September 2010
4 cara yang berkesan untuk istiqamah
- Minta pertolongan Allah subhanahu wa taala.
- Niatkan kerana Allah subhanahu wa taala.
- Mulakan dengan amalan yang sedikit tetapi berterusan.
- Ambil satu waktu dalam seminggu untuk muhasabah.
16 September 2010
Hadith 21/40: Istiqamah teras Islam
عن أبي عمرو -- وقيل أبي عمرة -- سفيان بن عبد الله -- رضي الله تعالى عنه -- قال: يا رسول الله، قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً غيرك. قال: آمنت بالله، ثم استقم
Dari Abu Amru -- dikatakan juga Abu Amrah -- Sufyan bin Abdullah radhiallahu anhu, beliau berkata, "Aku telah berkata, "Wahai Rasulullah, katakan padaku tentang Islam satu kata-kata yang tak akan aku tanya pada orang lain selain kamu." Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku telah beriman kepada Allah." Kemudian tetapkanlah pendirian (istiqamah)."
13 September 2010
Surah Al-Jin
- Surah ke-72
- Makiyyah
- 28 ayat
Sumber:
Surah Al-Jin (Wikipedia)
- Tafsir fi Zilal Al-Quran: Surah Al-Jin (Arab)
- Tafsir fi Zilal Al-Quran: Al-Jinn (Bahan Tarbiyyah)
Pembukaan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
إياك نعبد وإياك نستعين
اهدنا الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
آمين
صدق الله العظيم
Subscribe to:
Posts (Atom)