Pages

18 December 2010

3 topik Ilahiyat (Ketuhanan)

  • Zat Allah subhanahu wa taala
  • Nama-nama Allah subhanahu wa taala
  • Sifat-sifat Allah subhanahu wa taala
Rujukan:
Risalah Al-Aqaid

16 December 2010

2 asas aqidah Islam

  • Al-Quran
  • Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam
  • Dikukuhkan dengan akal
Rujukan:
Risalah Al-Aqaid

14 December 2010

Peringkat-peringkat Iman

  • Peringkat 1: Dengar dan percaya.
  • Peringkat 2: Kaji dan fikir.
  • Peringkat 3: Sentiasa kaji, amal buah fikiran dan minta bantuan Allah subhanahu wa taala dengan melakukan ketaatan.
Rujukan:
Risalah Al-Aqaid

12 December 2010

4 sifat penting Al-Quran yang mesti diketahui

  • Peringatan bagi orang yang bertaqwa.
  • Didustai sebahagian dari manusia.
  • Penyesalan bagi orang kafir.
  • Kebenaran yang diyakini.
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

10 December 2010

3 nota penting tentang Kiamat

  • Kiamat adalah urusan yang serius.
  • Kedahsyatan bencana alam tak setanding dengan Kiamat.
  • Beriman dengan Kiamat termasuk dalam Rukun Iman.
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

08 December 2010

3 nama lain bagi Hari Akhirat

  • Al-Haqqah
  • Al-Waqi'ah
  • Al-Qari'ah
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

06 December 2010

6 cara untuk memperbaharui niat

  • Sentiasa nampak akhirat.
  • Minta diampunkan dosa.
  • Niatkan amalan menjadi sebab untuk masuk syurga.
  • Niatkan amalan menjadi sebab untuk baiki diri sendiri.
  • Perbaharui niat setiap kali keluar rumah.
  • Perbaharui niat setiap kali masuk rumah.
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

04 December 2010

2 keadaan manusia ketika menerima kitab amalan

  • Orang yang berjaya adalah orang yang mendapat balasan syurga. Pada waktu itu mereka sangat gembira.
  • Orang yang celaka adalah orang yang mendapat balasan neraka. Pada waktu itu mereka sangat menyesal.
  • Gambaran kecil situasi ini boleh dilihat ketika keputusan peperiksaan keluar.
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

02 December 2010

4 sebab kenapa jangan zahirkan dosa

  • Orang yang Allah subhanahu wa taala tak zahirkan dosanya sepatutnya insaf dan segera bertaubat.
  • Allah subhanahu wa taala mampu untuk mengampunkan dosa, bahkan menukarkan catatan kejahatan menjadi kebaikan.
  • Oleh itu, jangan bongkar dosa sendiri kerana ia akan menyusahkan diri sendiri untuk bertaubat.
  • Jangan bongkar aib orang lain sebagaimana kita mohon agar Allah subhanahu wa taala tidak bongkar aib kita di Akhirat kelak.
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

30 November 2010

5 nota penting tentang muslim dan tanggungjawab terhadap masyarakat

  • Muslim bertanggungjawab kepada masyarakat selepas beriman kepada Allah subhanahu wa taala.
  • Jika tidak laksana akan diazab dalam neraka.
  • Kehidupan masyarakat muslim penuh dengan belas kasihan.
  • Antara amalan yang dianjurkan dalam Al-Quran adalah memberi makan kepada orang miskin.
  • Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam memberi makan kepada Yahudi yang buta sehingga Baginda wafat.
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

28 November 2010

5 nasib kaum terdahulu yang engkar

  • Kaum Thamud
    Gempa bumi
  • Kaum Ad
    Taufan
  • Firaun
    Tenggelam di tengah-tengah laut
  • Kaum Lut
    Dibalikkan bumi
  • Kaum Nuh
    Banjir
Rujukan:
Surah Al-Haqqah, Tafsir fi Zilal Al-Quran

26 November 2010

4 nota penting untuk pendakwah

  • Sentiasa mohon pertolongan dari Allah subhanahu wa taala.
  • Manusia tak mampu menjamin keselamatan diri sendiri.
  • Manusia tak mampu untuk mengubah manusia yang lain.
  • Hanya Allah subhanahu wa taala yang mampu mengubah manusia.

24 November 2010

Kenapa manusia dituntut agar berusaha?

  • Semua yang manusia perolehi adalah pemberian Allah subhanahu wa taala.
  • Manusia dituntut agar berusaha untuk memenuhi sunnatullah (peraturan alam).
  • Manusia sifatnya lemah dan tiada daya upaya.
  • Pelik jika atas sifat ini manusia memilih untuk syirik atau riya'.
  • Hanya Allah subhanahu wa taala tempat kembali manusia.

22 November 2010

Hadith 24/40: Antara sifat-sifat Allah subhanahu wa taala

عن أبي ذر الغفاري -- رضي الله عنه -- عن النبي -- صلى الله عليه وسلم -- فيما يرويه عن ربه -- عز وجل -- أنه قال: يا عبادي، إني حرمت الظلم على نفسي، وجعلته بينكم محرماً، فلا تظالموا. يا عبادي، كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم. يا عبادي، كلكم جائع إلا من أطعمته، فاستطعموني أطعمكم. يا عبادي، كلكم عار إلا من كسوته، فاستكسوني أكسكم. يا عبادي، إنكم تخطئون بالليل والنهار، وأنا أغفر الذنوب جميعاً، فاستغفروني أغفرلكم. يا عبادي، إنكم لن تبلغوا ضري فتضروني، ولن تبلغوا نفعي فتنفعني. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم كانوا على أتقى قلب رجل واحد منكم ما زاد ذلك في ملكي شيئاً. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم كانوا على أفجر قلب رجل واحد منكم ما نقص ذلك من ملكي شيئاً. يا عبادي، لو أن أولكم وآخركم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد، فسألوني، فأعطيت كل واحد مسألته، ما نقص ذلك مما عندي إلا كما ينقص المخيط إذا أدخل البحر. يا عبادي، إنما هي أعمالكم أحصيهالكم، ثم أوفيكم إياها، فمن وجد خيراً فليحمد الله، ومن وجد غير ذلك فلا يلومن إلا نفسه

Dari Abu Zar Al-Ghifari radhiallahu anhu, dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam pada apa yang diriwayatkan dari Tuhannya azza wa jalla bahawa Dia berfirman,
"Wahai hambaKu, Aku telah haramkan zalim atas diriKu, dan jadikannya haram antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.
Wahai hambaKu, setiap kamu dalam kesesatan melainkan siapa yang Aku beri petunjuk, maka pohonlah petunjuk daripadaKu dan Aku akan beri petunjuk kepada kamu.
Wahai hambaKu, setiap kamu lapar melainkan siapa yang Aku berikannya makan, maka pohonlah makanan daripadaKu dan Aku akan beri kamu makan.
Wahai hambaKu, setiap kamu telanjang melainkan siapa yang Aku beri pakaian, maka pohonlah pakaian daripadaKu dan Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hambaKu, kamu semua melakukan kesalahan pada malam dan siang, sedangkan Aku memberikan keampunan atas segala dosa, maka pohonlah ampun dan Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hambaKu, kamu tak akan mampu memudharatkan Aku dan tidak mampu memberi manfaat kepada Aku.
Wahai hambaKu, sekiranya semua dari yang paling awal dari kamu hingga yang paling akhir, manusia dan jin, mereka itu bertaqwa seperti orang yang paling bertaqwa antara kamu, tidak menambahkan kekuasaanKu sedikitpun.
Wahai hambaKu, sekiranya semua dari yang paling awal dari kamu hingga yang paling akhir, manusia dan jin, mereka itu jahat seperti orang yang paling jahat antara kamu, tidak mengurangkan kekuasaanKu sedikitpun.
Wahai hambaKu, sekiranya semua dari yang paling awal dari kamu hingga yang paling akhir, manusia dan jin, berdiri di satu tempat dan meminta dariKu dan Aku tunaikan setiap seorang permintaannya, tidak mengurangkan apa yang Aku ada melainkan sebagaimana jarum mengurangkan air jika dimasukkan ke dalam laut.
Wahai hambaKu, setiap amalan kamu Aku hitung, kemudian Aku sempurnakan dengan balasannya. Siapa yang mendapat kebaikan, maka pujilah Allah, dan siapa mendapat selain dari itu maka jangan cela melainkan dirinya sendiri."
Hadith riwayat Muslim
Rujukan:

20 November 2010

3 cara untuk ikhlas

  • Minta tolong dari Allah subhanahu wa taala supaya ikhlas.
  • Sentiasa muhasabah, "Kenapa aku lakukan semua ini?"
  • Rasa ingin tebus dosa dengan amalan-amalan.

Tinjauan: Berapa kali anda puasa sunat dalam seminggu?


18 November 2010

3 bentuk taat

  • Taat dengan petunjuk
  • Taat mengikut hawa nafsu
  • Taat buta

16 November 2010

3 peringkat Iman

  • Iman biasa
  • Iman yang bertambah
  • Iman yang sempurna

14 November 2010

5 ciri orang yang menjaga solat

  • Menjaga fizikal solat
  • Menjaga waktu solat
  • Sentiasa berjemaah
  • Menjaga solat fardhu
  • Melakukan solat sunat
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

12 November 2010

5 ciri orang yang sentiasa solat

  • Berterusan
  • Tidak cuai
  • Tidak malas
  • Rasa keperluan untuk berhubung dengan Allah subhanahu wa taala
  • Tenteram dengan solat
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

10 November 2010

7 cara untuk istiqamah bersedekah

  • Pelbagaikan pemberian.
  • Elak dari beri kepada orang yang tak pandai guna duit.
  • Jaga niat.
  • Ihsan dalam bersedekah.
  • Sedekah boleh ubat penyakit zahir dan batin.
  • Utamakan yang dekat.
  • Cuba sedaya-upaya sembunyikan sedekah.

08 November 2010

3 hakikat jiwa manusia

  • Gelisah
  • Suka merungut
  • Kikir
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

06 November 2010

7 ciri penting seorang mukmin

  • Solat: sentiasa solat dan menjaga solat
  • Sedekah: pada yang meminta dan tidak meminta
  • Beriman dengan Hari Akhirat
  • Takut azab Allah subhanahu wa taala
  • Memelihara maruah
  • Menjaga amanah
  • Teguh dengan kesaksian
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

Tinjauan: Berapa jam anda belajar dalam sehari?


04 November 2010

3 sifat azab Allah subhanahu wa taala

  • Berlaku
  • Dekat
  • Tak boleh ditolak
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

02 November 2010

2 sikap orang kafir terhadap azab Allah subhanahu wa taala

  • Engkar dan susah untuk terima kebenaran.
  • Cabar Rasul supaya segerakan azab.
Rujukan:
Surah Al-Maarij, Tafsir fi Zilal Al-Quran

31 October 2010

Petik ayat-ayat suci Al-Quran dengan mudah ke Microsoft Word

Plug Ins Al-Quran for Microsoft Word v1.3
Petik ayat-ayat suci Al-Quran dengan mudah ke Microsoft Word dengan menggunakan Plug Ins Al-Quran for Microsoft Word v1.3.

Plug Ins Al-Quran for Microsoft Word v1.3

29 October 2010

Hadith 23/40: Himpunan kebaikan

عن أبي مالك -- الحارث بن عاصم -- الأشعري -- رضي الله تعالى عنه -- قال: قال رسول الله -- صلى الله عليه وسلم: الطهور شطر الإيمان، والحمد لله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن -- أو تملأ -- ما بين السماء والأرض، والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك. كل اناس يغدو: فبائع نفسه، فمعتقها أو موبقها

Dari Abu Malik -- Al-Harith bin Asim -- Al-Asy'ari radhiallahu taala anhu berkata, "Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, "Kebersihan sebahagian dari Iman. Alhamdulillah memenuhi Mizan. Subhanallah dan Alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang di antara langit dan bumi. Solat itu cahaya. Sedekah itu petunjuk. Sabar itu terang. Al-Quran hujah kepada kamu atau ke atas kamu. Setiap manusia berpergian, lalu menjual dirinya; sama ada membebaskannya atau membinasakannya."
Hadith riwayat Muslim

Rujukan:

25 October 2010

3 bentuk penentangan terhadap dakwah

  • Tak nak dengar
  • Tak nak lihat
  • Larang ikut Nabi

Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

23 October 2010

Tinjauan: Berapa rakaat anda Solat Sunat Dhuha?


4 kaitan istighfar dan rezeki

  • Ketaatan ada kaitan dengan rezeki.
  • Rezeki merangsang manusia untuk membuat ketaatan.
  • Kehidupan yang mewah hanya untuk umat yang bertaqwa.
  • Kemewahan tanpa taqwa adalah kemewahan yang berpenyakit.

Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

21 October 2010

3 intipati dakwah yang utama

  • Ibadah kepada Allah subhanahu wa taala.
  • Taqwa kepada Allah subhanahu wa taala dengan istiqamah dan ikhlas.
  • Taat kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

19 October 2010

3 kaedah dakwah yang berkesan

  • Dakwah secara sembunyi
  • Dakwah secara terang-terangan
  • Dakwah secara gabungan sembunyi dan terang-terangan


Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

17 October 2010

4 bentuk dakwah yang berkesan

  • Memperdengarkan amaran Allah subhanahu wa taala.
  • Memperdengarkan janji keampunan Allah subhanahu wa taala.
  • Mendoakan dilewatkan azab ke atas golongan yang derhaka.
  • Menceritakan perihal asal kejadian manusia.
Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

15 October 2010

13 October 2010

3 jenis kisah yang memberi kesan

  • Kisah dari Al-Quran
  • Kisah dari Hadith
  • Kisah yang direka yang mempunyai pengajaran yang baik

11 October 2010

Hadith 22/40: Jalan ke Syurga

عن أبي عبد الله جابر بن عبد الله الأنصاري -- رضي الله عنهما -- أن رجلاً سأل رسول الله -- صلى الله عليه وسلم -- فقال: أرأيت إذا صليت المكتوبات، وصمت رمضان، وأحللت الحلال، وحرمت الحرام ولم أزد على ذلك شيئاً، أأدخل الجنة؟ قال: نعم

Dari Abu Abdullah Jabir bin Abdullah Al-Ansari radhiallahu anhuma bahawa seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan berkata, "Apakah berpendapat kamu jika aku tunaikan solat fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan yang halal dan mengharamkan yang haram serta tidak aku tambahkan lagi apa-apa, adakah aku masuk Syurga?" Baginda bersabda, "Ya."
Hadith riwayat Muslim

Makna 'menghalalkan yang halal': melakukannya dalam keadaan beriman bahawa ia adalah halal.

Rujukan:
Al-Arbain An-Nawawiyyah

07 October 2010

Fi Zilal Al-Quran

  • Kitab Tafsir.
  • Dikarang oleh Syed Qutb.
  • Syed Qutb: Syed Qutb Ibrahim Husin Asy-Syazili (9 Oktober 1906 - 29 Ogos 1966M).
  • Disusun dalam 30 juz sebagaimana Al-Quran.
  • Ditulis mengikut kaedah tafsir bi al-ma'thur.
  • Menggabungkan sudut balaghah, sastera dan masyarakat.
Sumber:
Fi Zilal Al-Quran (Wikipedia)

Bahan:

05 October 2010

Al-Arbain An-Nawawiyyah

  • Dihimpunkan oleh Imam Nawawi.
  • Imam Nawawi: Abu Zakaria Yahya bin Syarf (1234 - 1278M).
  • Mengandungi 42 hadith.
  • Tujuan dihimpunkan: "Ada di kalangan ulama yang menghimpunkan 40 hadith dalam Usuluddin, sebahagaian mereka dalam Fiqh, sebahagian mereka dalam Jihad, sebahagian mereka dalam Zuhud dan sebahagian mereka dalam Khutbah. Semuanya atas tujuan yang baik dan Allah meredhainya. Aku berpendapat ada usaha menghimpunkan 40 hadith yang lebih penting dari semuanya, iaitu 40 hadith yang mengandungi semuanya."
Rujukan:

Bahan:

03 October 2010

11 tarikh penting dalam kronologi Pembebasan Constantinople

  • 330M: Constantinople diasaskan Constantine I.
  • 625M: Perang Khandaq. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Constantinople akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu."
  • 661 - 750M: 5 percubaan di Zaman Umayyah.
  • 674M: Abu Ayyub Al-Ansari syahid dan dikebumikan dekat dinding Constantinople.
  • 750 - 1258M: 1 percubaan di Zaman Abbasiyyah.
  • 1299 - 1923M: 2 percubaan di Zaman Uthmaniyyah.
  • 1451M: Sultan Murad II syahid dalam usaha membebaskan Constantinople. Sultan Muhammad II dilantik menjadi Sultan.
  • 6 April 1453M: Perang bermula.
  • 26 Mei 1453M: 50 hari serangan masih belum berjaya. Sultan Muhammad II bermesyuarat. Sultan Muhammad II bertitah, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!"
  • 28 Mei 1453M: Serangan besar-besaran.
  • 29 Mei 1435M: Hasan Ulubatli mengetuai 30 tentera Janissary melalui pintu Kerkoporta dan memacakkan bendera Islam. Semua syahid. Tentera Islam bersemangat dan Sultan Muhammad II berjaya masuk ke Constantinople.

01 October 2010

6 rukun Iman yang mesti diketahui

  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Kitab-kitab
  • Beriman kepada Rasul-rasul
  • Beriman kepada Hari Akhirat
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar

29 September 2010

5 rukun Islam yang mesti diketahui

  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Solat lima waktu
  • Puasa di bulan Ramadhan
  • Tunai zakat
  • Haji (bagi yang mampu)

4 sifat penting pendakwah

  • Sabar dan tidak berputus asa.
  • Bergantung kepada Allah subhanahu wa taala dan mengadu kepadaNya.
  • Rasa belas kasihan kepada yang diseru.
  • Rasa tanggungjawab dan menyalahkan diri sendiri apabila seruan tidak diterima.
Rujukan:
Surah Nuh, Tafsir fi Zilal Al-Quran

27 September 2010

5 ujian Allah atas manusia

  • Ujian kemewahan lebih sukar dari kesusahan.
  • Susah: Ingat Allah dan minta perlindungan.
  • Mewah: Lupa Allah, ingin rehat, berasa angkuh, mula membazir dan bakhil.
  • Kuasa: Berasa takbur, tak bersyukur, mula zalim, lawan kebenaran, tindas manusia dan langgar arahan Allah.
  • Cantik: Sombong, terlibat dengan dosa dan dibelenggu dengan nafsu.
  • Bijak: Berasa bongkak, pandang rendah orang lain dan remehkan nilai-nilai yang belum diketahui.


Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran

25 September 2010

6 perkara penting yang perlu diketahui untuk memahami Al-Quran

  • Allah subhanahu wa taala memelihara Al-Quran dari sebarang kekeliruan.
  • Cara memahami Al-Quran: Hapuskan kefahaman lalu dan bina tanggapan mengikut Al-Quran dan Hadith.
  • Tidak tafsir dengan gambaran lain selain dari Al-Quran dan Hadith.
  • Tidak nafikan apa yang Al-Quran telah sabitkan.
  • Tidak takwil apa yang Al-Quran telah sabitkan (sebagaimana Bani Israel takwil arahan Allah subhanahu wa taala).
  • Selain apa yang disabitkan Al-Quran, boleh keluarkan pendapat sendiri mengikut akal.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran

Tinjauan: Berapa kalikah anda Solat Subuh di masjid dalam seminggu?


23 September 2010

4 reaksi jin terhadap Al-Quran

  • Kagum dengan Al-Quran.
  • Jadikan Al-Quran sebagai bimbingan.
  • Beriman dengan Al-Quran.
  • Tidak syirik kepada Allah subhanahu wa taala.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran

21 September 2010

5 pengakuan jin yang mesti diketahui

  • Allah subhanahu wa taala itu Esa.
  • Balasan akhirat itu wujud.
  • Tiada yang berkuasa ke atas Allah subhanahu wa taala.
  • Ketuhanan hanya untuk Allah subhanahu wa taala.
  • Unsur ghaib hanya diketahui Allah subhanahu wa taala. Jin tak tahu. Rasul tak tahu melainkan sekadar yang Allah beritahu.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran

19 September 2010

10 hakikat penting jin yang mesti diketahui

  • Ada jin yang beriman, ada jin yang kufur dan ada juga jin yang terpedaya.
  • Jin sedia tolak kesesatan dan terima kebenaran Al-Quran.
  • Jin terima ada balasan kepada keimanan dan kekufuran.
  • Jin mengaku tidak mampu beri manfaat dan beri mudharat.
  • Syaitan tidak akan membantu manusia, bahkan akan menyulitkan mereka.
  • Jin mengaku tidak mengetahui khabar-khabar ghaib.
  • Jin mengaku tidak berkahwin dengan Allah dan melahirkan malaikat-malaikat sebagaimana yang dipercayai Arab Jahiliyyah.
  • Jin mengaku tidak berkuasa ke atas Allah subhanahu wa taala.
  • Iblis adalah dari kalangan jin, tetapi tumpu pada menyebarkan kejahatan.
  • Jin nampak manusia, tetapi manusia tidak nampak jin.
Rujukan:
Surah Al-Jin, Tafsir fi Zilal Al-Quran

17 September 2010

4 cara yang berkesan untuk istiqamah

  • Minta pertolongan Allah subhanahu wa taala.
  • Niatkan kerana Allah subhanahu wa taala.
  • Mulakan dengan amalan yang sedikit tetapi berterusan.
  • Ambil satu waktu dalam seminggu untuk muhasabah.

16 September 2010

Hadith 21/40: Istiqamah teras Islam

عن أبي عمرو -- وقيل أبي عمرة -- سفيان بن عبد الله -- رضي الله تعالى عنه -- قال: يا رسول الله، قل لي في الإسلام قولاً لا أسأل عنه أحداً غيرك. قال: آمنت بالله، ثم استقم

Dari Abu Amru -- dikatakan juga Abu Amrah -- Sufyan bin Abdullah radhiallahu anhu, beliau berkata, "Aku telah berkata, "Wahai Rasulullah, katakan padaku tentang Islam satu kata-kata yang tak akan aku tanya pada orang lain selain kamu." Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku telah beriman kepada Allah." Kemudian tetapkanlah pendirian (istiqamah)."
Hadith riwayat Muslim

Rujukan:

13 September 2010

Surah Al-Jin

  • Surah ke-72
  • Makiyyah
  • 28 ayat
Sumber:
Surah Al-Jin (Wikipedia)

Bahan:

Pembukaan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
الرحمن الرحيم
ملك يوم الدين
إياك نعبد وإياك نستعين
اهدنا الصراط المستقيم
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
آمين
صدق الله العظيم

Blog ini dimulakan pada 13 September 2010, 11.00am di Hayy Asyir, Kaherah.
Related Posts with Thumbnails